Friday, 25 March 2016

Udang Masam Manis Sedap dan Mudah ala Dapur Imani

Dari semalam anak2 request masakan udang galah so g pasar pagi td terpaksala mencari udang galah segar. Alhamdulilah dapatla sekilo tp harganya boleh buat makan 2 3 hari. Tp dah anak request nk makan, terpaksa la jugak beli.

Okay jgn buang masa, jom kita tgok resepi mudah ni. Masak secara campak2 je.Bahan2 pun simple je. 

Bahan2nya :
Sekilo udang galah
4 sudu cili giling atau 20 biji cili kering
2 biji tomato
4 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan/nampla
3 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 sudu gula
Garam secukup rasa.

Caranya :
Goreng udang separuh masak dulu. Ketepikan. Kisarkan semua bahan iaitu tomato, cili ,sos tomata, sos cili, sos tiram, gula,bawang besar dan bawang putih.  Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan sos ikan/nampla. Masukkan udang.masak seketika. Perasakan dengan garam.  Dah siap.

Sedap ni...cubala.

Follow sy di instagram/twitter : dapur_imani

No comments:

Post a Comment