Thursday, 24 March 2016

resepi sotong celup tepung ala dapur imani

Resepi sotong Goreng / Celup tepung.

Resepi ni mudah dan ringkas tp sedap, ranggup walaupun dah sejuk. Enak dicicah dengan sos thai.

Jom kita tengok bahan2 dan cara nak buat :

1. Sotong yg dicuci bersih dan ditoskan air sehingga kering.

2.telur dan sesudu serbuk rempah nasi arab dapur imani

3.masukkan sedikit tepung kentucky dan tepung gandum.(agak2 je bergantung kuantiti sotong)

4.gaulkan sebati kemudian campakkan sotong kedalam agar bersalut.

5.di bekas yg lain sediakan tepung gandum dan sedikit tepung beras.(nisbah 3:1). Gaul rata kemudian celupkan sotong utk digoreng. Pastikan minyak betul2 panas sblm mengoreng.

6. Hasil kejadian selepas mencampak2 sotong kedlm minyak. Sedap ranggup dan berempah.

7. Sedapnyer..... cubalah


Follow kami di instagram/twitter : dapur_imani


No comments:

Post a Comment