Resepi Nasi Arab Mudah dan Sedap Ala Dapur Imani.
Cuaca panas membahang yg melanda negara skrg rasanya yg paling kuat kot pernah dilalui negara kita setakat ini. Nak keluar dari rumah malas dan terasa penat sgt. Nak keluar cari bahan masakan pun rasa berat kaki.
So jengah ke dapur tgok apa yg boleh dimasak utk makan tengahari ni. Alhamdulilah masih ada ayam beku didalam peti ais. Jadi buat nasi arab je la hari ni.
Okay jom kita tgok bahan2 yg diperlukan.
Untuk air rebusan ayam dan sup :
1 ekor ayam ( potong ikut suka hati)
2 biji bawang besar-dimayang
5 biji bawang putih - diketuk je
2 sudu besar marjerin
Minyak zaitun
2 biji bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
Air secukupnya
Garam
daun sup
Batang saderi
Carrot
Cara penyediaan :
Masukkan marjerin dan minyak zaitun kedalam periuk. Masukkan 4 sekawan , tumis sehingga naik bau. Masukkn bawang besar bersama bawang putih. Tumis sebentar. Masukkan ayam. Masukkan air secukupnya. Masak dlm 15 minit dengan api sederhana. Angkat ayam yg ingin diperap dengan rempah nasi arab dapur imani. Masukkan carrot ,batang sader dan daun sup. Perasakan dengan garam.
Ayam Bakar Nasi Arab ala Dapur Imani.
Ayam yg telah direbus
2 sudu Rempah nasi arab dapur imani
Minyak zaitun
Cara penyediaan :
Perap ayam yg telah direbus td dengan rempah nasi arab dapur imani dan renjis sedikit minyak zaitun dan perap selama 30 minit atau lebih lama. Bakar didalam ketuhar dengan kepanasan 180 darjah celcius selama 25 minit atau sehingga ayam keperangan.
Nasi arab dapur imani
1 pack beras basmathi keluaran dapur imani
2 sudu rempah nasi arab dapur imani
2 sudu marjerin
2 helai daun bay leaves/ salam
Air rebusan ayam secukupnya
Garam
4 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 btg kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
Cara penyediaan
Basuh dan rendam beras basmathi keluaran dapur imani selama 30minit atau lebih lama.
Panaskan marjerin didalam periuk. Masukkn 4 sekawan dan tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah nasi arab dapur imani. Masukkn daun bay leaves. Tumis sehingga naik bau. Masukkan beras basmathi. Masukkan air rebusan ayam secukupnya. Dan perasakan dengan garam.
Salad nasi arab
1 biji capsicum merah
1 biji capsicum hijau
1 biji capsicum kuning
1 biji timun
1 biji carrot
3 biji tomato
Daun pudina
1 biji lemon
2 sudu plain yogurt
Sedikit minyak zaitun
Sedikit garam
Sedikit lada hitam.
Cara penyediaannya
Potong nipis2 atau potong utk mudah makan semua sayuran diatas kecuali lemon. Masukkan didalam bekas besar kesemuanya. Masukkan yogurt, lada dan garam secukupnya. Kacau sehingga sebati. Perah lemon kedalam bekas. Kacau lagi. Dan siap utk dihidangkan.
Sambal nasi arab ala dapur imani.
2 biji tomato
4 biji cili besar warna hijau
2 biji cili padi
3 ulas bawang putih
Separuh lemon
Garam
Cara penyediaan.
Potong dan blendkan kesemuanya.perahkan lemon. Masukkan garam. Masak diatas dapur sehingga mendidih.tutup api. Siap dihidangkan.
Tadaa..siap semua dah. Alhamdullilah selamat mencuba.
Follow kami di instagram/ twitter : dapur_imani
Whatsupp : 010 374 7894
Pengedar/ belian runcit utk rempah nasi arab dapur imani dibuka sekarang. InsyaAllah hanya yang terbaik.

Dapatkan segera Rempah Nasi Arab keluaran Dapur Imani.