Saturday, 26 March 2016

Tempahan Makanan Tengahari dan Malam

Berita baik utk warga bagan datoh perak, selekoh dan juga simpang empat perak. Jika anda tiada masa utk menyediakan hidangan tengahari atau malam utk keluarga anda atau anda ingin mengadakan majlis doa selamat, akikah atau sebarang majlis. Kami menyediakan perkhidmatan menyediakan makanan dan minuman pada harga terbaik dan berpatutan. Anda boleh memilih dr pelbagai jenis hidangan nasi :
1. Set nasi arab
2. Set nasi beriani hydrabad
3. Set nasi hujan panas
4. Set nasi bukhara

Minimum order adalah 5 pack.




Tempahan hendaklah dibuat awal bg memudahkan kerja2 berkaitan. 

InsyaAllah dapat memenuhi citarasa semua org. Kami cuba menyediakan perkhidmatan yg terbaik bagi memenuhi permintaan anda.

Follow kami di instagram/ twitter : dapur_imani
Atau whatsup 010 374 7894 utk detail dan tempahan

Tempahan Pizza terbaik dan sedap dibuka

Tempahan utk pizza kini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 10 mlm untuk kawasan bagan datoh, selekoh, bagan pasir, sg.sumun hutang melintang dan simpang empat perak. Sila hubungi utk detail tempahan.

Tempahan pizza : disediakan dan disiapkan dlm 1 jam selepas tempahan diterima. Tempahan dibuka dr jam 9 pagi sehingga 10 mlm.

Pizza homemade dengan citarasa terbaik.  Tetap ranggup dan gebu walaupun sejuk. Anda boleh memilih extra cheese utk pencinta cheese.

Size available : 10 inchi diameter
10 inchi x 15 inchi

Hubungi kami utk self pickup.

Follow kami di instagram/twitter : dapur_imani

Atau whatsupp utk detail di 010 374 7894



Friday, 25 March 2016

Udang Masam Manis Sedap dan Mudah ala Dapur Imani

Dari semalam anak2 request masakan udang galah so g pasar pagi td terpaksala mencari udang galah segar. Alhamdulilah dapatla sekilo tp harganya boleh buat makan 2 3 hari. Tp dah anak request nk makan, terpaksa la jugak beli.

Okay jgn buang masa, jom kita tgok resepi mudah ni. Masak secara campak2 je.Bahan2 pun simple je. 

Bahan2nya :
Sekilo udang galah
4 sudu cili giling atau 20 biji cili kering
2 biji tomato
4 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan/nampla
3 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 sudu gula
Garam secukup rasa.

Caranya :
Goreng udang separuh masak dulu. Ketepikan. Kisarkan semua bahan iaitu tomato, cili ,sos tomata, sos cili, sos tiram, gula,bawang besar dan bawang putih.  Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan sos ikan/nampla. Masukkan udang.masak seketika. Perasakan dengan garam.  Dah siap.

Sedap ni...cubala.

Follow sy di instagram/twitter : dapur_imani

Hilangkan strees....


Cara mudah nak hilangkan strees. Jom nonton klip video kucing kelakar ni...

Thursday, 24 March 2016

Tips Ayam Bakar Sedap dan Lembut ala Dapur Imani

Kekadang kita masak atau bakar ayam tidak lembut atau tidak berjus. Cara mudah nak bg ayam bakar kita lembut dan berjus mudah je. Ada 2 cara yg mudah utk buat ayam sentiasa lembut dan berjus.

1. Sebelum perap ayam, rebus ayam separuh masak dulu. Lepas tu baru perap ayam. Semasa perap ayam letak sedikit minyak zaitun dan madu di gliss keatas ayam utk bagi ayam berkilat dan lebih sedap. Semasa bakar, gunakan ketuhar dengan kepanasan 180 darjah celcius selama 30 minit.

2. Atau boleh juga dibuat begini. Perap ayam dahulu kemudian goreng dengan minyak yg sedikit dan api sederhana. Goreng di setiap bahagian dlm 5 minit atau sehingga kulit luar keperangan. Selepas itu boleh dibakar didalam ketuhar seperti biasa.

InsyaAllah sedap, lembut dan berjus ayam bakar kita.

Nota: sy menggunakan perapan dr rempah nasi arab dapur imani.

Follow kami di instagram/twitter dapur_imani

Resepi Nasi Arab Mudah dan Sedap ala Dapur Imani

Resepi Nasi Arab Mudah dan Sedap Ala Dapur Imani.

Cuaca panas membahang yg melanda negara skrg rasanya yg paling kuat kot pernah dilalui negara kita setakat ini. Nak keluar dari rumah malas dan terasa penat sgt. Nak keluar cari bahan masakan pun rasa berat kaki.

So jengah ke dapur tgok apa yg boleh dimasak utk makan tengahari ni. Alhamdulilah masih ada ayam beku didalam peti ais. Jadi buat nasi arab je la hari ni.

Okay jom kita tgok bahan2 yg diperlukan.

Untuk air rebusan ayam dan sup :
1 ekor ayam ( potong ikut suka hati)
2 biji bawang besar-dimayang
5 biji bawang putih - diketuk je
2 sudu besar marjerin
Minyak zaitun
2 biji bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
Air secukupnya
Garam
daun sup
Batang saderi
Carrot


Cara penyediaan :
Masukkan marjerin dan minyak zaitun kedalam periuk. Masukkan 4 sekawan , tumis sehingga naik bau. Masukkn bawang besar bersama bawang putih. Tumis sebentar. Masukkan ayam. Masukkan air secukupnya. Masak dlm 15 minit dengan api sederhana. Angkat ayam yg ingin diperap dengan rempah nasi arab dapur imani. Masukkan carrot ,batang sader dan daun sup. Perasakan dengan garam.

Ayam Bakar Nasi Arab ala Dapur Imani.
Ayam yg telah direbus
2 sudu Rempah nasi arab dapur imani
Minyak zaitun

Cara penyediaan :
Perap ayam yg telah direbus td dengan rempah nasi arab dapur imani dan renjis sedikit minyak zaitun dan perap selama 30 minit atau lebih lama. Bakar didalam ketuhar dengan kepanasan 180 darjah celcius selama 25 minit atau sehingga ayam keperangan.

Nasi arab dapur imani
1 pack beras basmathi keluaran dapur imani
2 sudu rempah nasi arab dapur imani
2 sudu marjerin
2 helai daun bay leaves/ salam
Air rebusan ayam secukupnya
Garam
4 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 btg kulit kayu manis
2 biji bunga lawang

Cara penyediaan
Basuh dan rendam beras basmathi keluaran dapur imani selama 30minit atau lebih lama.
Panaskan marjerin didalam periuk. Masukkn 4 sekawan dan tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah nasi arab dapur imani. Masukkn daun bay leaves. Tumis sehingga naik bau. Masukkan beras basmathi. Masukkan air rebusan ayam secukupnya. Dan perasakan dengan garam.


Salad nasi arab
1 biji capsicum merah
1 biji capsicum hijau
1 biji capsicum kuning
1 biji timun
1 biji carrot
3 biji tomato
Daun pudina
1 biji lemon
2 sudu plain yogurt
Sedikit minyak zaitun
Sedikit garam
Sedikit lada hitam.


Cara penyediaannya
Potong nipis2 atau potong utk mudah makan semua sayuran diatas kecuali lemon. Masukkan didalam bekas besar kesemuanya. Masukkan yogurt, lada dan garam secukupnya. Kacau sehingga sebati. Perah lemon kedalam bekas. Kacau lagi. Dan siap utk dihidangkan.


Sambal nasi arab ala dapur imani.
2 biji tomato
4 biji cili besar warna hijau
2 biji cili padi
3 ulas bawang putih
Separuh lemon
Garam

Cara penyediaan.
Potong dan blendkan kesemuanya.perahkan lemon. Masukkan garam. Masak diatas dapur sehingga mendidih.tutup api. Siap dihidangkan.


Tadaa..siap semua dah. Alhamdullilah selamat mencuba.




Follow kami di instagram/ twitter : dapur_imani
Whatsupp : 010 374 7894
Pengedar/ belian runcit utk rempah nasi arab dapur imani dibuka sekarang. InsyaAllah hanya yang terbaik.


Dapatkan segera Rempah Nasi Arab keluaran Dapur Imani.

Rempah Nasi Arab Terbaik di Pasaran.

Rempah Nasi Arab Terbaik keluaran Dapur Imani.


Rempah nasi arab dapur imani adalah rempah serbaguna. Boleh dimasak utk nasi arab atau sebarang hidangan ala timur tengah. Ianya juga sesuai utk gorengan ayam atau ikan.

Didatangkan dengan 500gram beras basmathi bermutu tinggi.  Sesuai dimakan sekitar 3 ke 6 orang. Murah dan menjumatkan dari segi masa dan wang.

Dapatkan segera pack rempah nasi arab dapur imani.




Follow kami di instagram/twitter : dapur_imani

Atau whtsup kami di 010 374 7894

Kami memerlukan pengedar bagi setiap daerah dan negeri. Hubungi kami segera.

resepi sotong celup tepung ala dapur imani

Resepi sotong Goreng / Celup tepung.

Resepi ni mudah dan ringkas tp sedap, ranggup walaupun dah sejuk. Enak dicicah dengan sos thai.

Jom kita tengok bahan2 dan cara nak buat :

1. Sotong yg dicuci bersih dan ditoskan air sehingga kering.

2.telur dan sesudu serbuk rempah nasi arab dapur imani

3.masukkan sedikit tepung kentucky dan tepung gandum.(agak2 je bergantung kuantiti sotong)

4.gaulkan sebati kemudian campakkan sotong kedalam agar bersalut.

5.di bekas yg lain sediakan tepung gandum dan sedikit tepung beras.(nisbah 3:1). Gaul rata kemudian celupkan sotong utk digoreng. Pastikan minyak betul2 panas sblm mengoreng.

6. Hasil kejadian selepas mencampak2 sotong kedlm minyak. Sedap ranggup dan berempah.

7. Sedapnyer..... cubalah


Follow kami di instagram/twitter : dapur_imani


pizza homemade sedap dan mudah

Pizza salah satu makanan minum petang kegemaran kami sekeluarga. Sebenarnya mudah penyediaanya. Meh sy tunjukkan caranya ~pizza ala dapur imani.


Jom kita sediakan bahan2nya.

Untuk doh.

500g tepung gandum
Sebungkus yis mauripan
2 sudu gula
Sedikit garam
3 sudu besar marjerin
Sedikit minyak zaitun
Air secukupnya.

Cara-cara buat doh mudah.
Yis dimasukan bersama gula dan sedikit air. Kacau sampai sebati. Masukkan tepung, marjerin, minyak zaitun dan air. Uli sehingga doh tidak melekat ditangan. Biarkan selama 20 ke 30 minit atau doh mengembang sekali ganda.

Topping
Nenas
Cili benggala
Sausage
Mozzarella cheese
Crab stick
Cendawan butang

Caranya : ikut suka hati nak letak banyak mana or nak potong mcmana. Janji mudah dimakan.

Sos pizza
2 biji tomato
3 biji cili besar
2 biji cili benggala
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
Setin Tomato puree
3 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Garam secukup rasa
Gula 1 sudu.
Minyak zaitun
1 sudu besar Serbuk oregano

Caranya
Tomato, bawang putih , bawang besar, cili benggala dan cili besar dipotong kasar dan di letakan didalam tray oven. Letakkan minyak zaitun dan sedikit serbuk oregano. Bakar didalam ketuhar selama 10 minit dengan suhu 250 darjah celcius. Blend semua apabila dah sejuk.  Panaskan periuk dan masukkan tomato puree, sos cili, sos tomato dan lebihan oregano td. Masak sebentar. Selepas itu masukkan bahan yg kita kisar td. Masukkan gula dan perasakan dengan garam. Biarkan sehingga sos agak pekat .

Okay semua bahan dah ada dan siap dimasak. Sekarang masa utk canaikan doh pizza kita. Letakan sedikit tepung di papan pencanai. Bentukkn doh seperti bola tenis (500gram boleh buat 3 biji pizza size 10 inchi).canaikan doh ikut pan pizza yg kita ada. Sapukan sos tomato ke atas kepingan doh. Letakkan bahan topping ikut citarasa. Taburkan cheese.Letak sedikit sos pizza lagi diatas. Bakar didalam ketuhar selama 20 minit dengan suhu 200 darjah selsius atau sehingga cheese keperangan.

Dah siap. Doh ni sedap,gebu walaupun sejuk. Cubalah.




Follow kami di instgram/ twitter : dapur_imani
Atau whatsup : 010 374 7894

Kami juga menyediakan tempahan pizza, nasi arab , nasi briani hydrabad dan nasi hujan panas bg sekitar daerah bagan datoh, selekoh dan hutan melintang di perak.

 Kami juga menjual Rempah nasi arab dapur imani. Sedap, mudah dan menjimatkan.





Tuesday, 22 March 2016

Rempah Nasi Arab Dapur Imani



Rempah Nasi Arab Dapur Imani.

Alhamdullilah, setelah bertungkus lumus akhirnya kami berjaya juga menyiapkan produk Nasi Arab keluaran Dapur Imani. Kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan. InsyaAllah produk rempah Dapur Imani mudah digunakan, jimat , sedap pasti puas hati.

Kami juga ingin mencari pengedar bagi produk kami . InsyaAllah pada masa akan datang kami akan menambah lagi produk yg berkualiti utk memenuhi citarasa semua.

Follow kami di instagram/twitter : dapur_imani

Atau boleh whatsupp utk respon yg lebih pantas ke 010 374 7894