Pizza salah satu makanan minum petang kegemaran kami sekeluarga. Sebenarnya mudah penyediaanya. Meh sy tunjukkan caranya ~pizza ala dapur imani.
Jom kita sediakan bahan2nya.
Untuk doh.
500g tepung gandum
Sebungkus yis mauripan
2 sudu gula
Sedikit garam
3 sudu besar marjerin
Sedikit minyak zaitun
Air secukupnya.
Cara-cara buat doh mudah.
Yis dimasukan bersama gula dan sedikit air. Kacau sampai sebati. Masukkan tepung, marjerin, minyak zaitun dan air. Uli sehingga doh tidak melekat ditangan. Biarkan selama 20 ke 30 minit atau doh mengembang sekali ganda.
Topping
Nenas
Cili benggala
Sausage
Mozzarella cheese
Crab stick
Cendawan butang
Caranya : ikut suka hati nak letak banyak mana or nak potong mcmana. Janji mudah dimakan.
Sos pizza
2 biji tomato
3 biji cili besar
2 biji cili benggala
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
Setin Tomato puree
3 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Garam secukup rasa
Gula 1 sudu.
Minyak zaitun
1 sudu besar Serbuk oregano
Caranya
Tomato, bawang putih , bawang besar, cili benggala dan cili besar dipotong kasar dan di letakan didalam tray oven. Letakkan minyak zaitun dan sedikit serbuk oregano. Bakar didalam ketuhar selama 10 minit dengan suhu 250 darjah celcius. Blend semua apabila dah sejuk. Panaskan periuk dan masukkan tomato puree, sos cili, sos tomato dan lebihan oregano td. Masak sebentar. Selepas itu masukkan bahan yg kita kisar td. Masukkan gula dan perasakan dengan garam. Biarkan sehingga sos agak pekat .
Okay semua bahan dah ada dan siap dimasak. Sekarang masa utk canaikan doh pizza kita. Letakan sedikit tepung di papan pencanai. Bentukkn doh seperti bola tenis (500gram boleh buat 3 biji pizza size 10 inchi).canaikan doh ikut pan pizza yg kita ada. Sapukan sos tomato ke atas kepingan doh. Letakkan bahan topping ikut citarasa. Taburkan cheese.Letak sedikit sos pizza lagi diatas. Bakar didalam ketuhar selama 20 minit dengan suhu 200 darjah selsius atau sehingga cheese keperangan.
Dah siap. Doh ni sedap,gebu walaupun sejuk. Cubalah.
Follow kami di instgram/ twitter : dapur_imani
Atau whatsup : 010 374 7894
Kami juga menyediakan tempahan pizza, nasi arab , nasi briani hydrabad dan nasi hujan panas bg sekitar daerah bagan datoh, selekoh dan hutan melintang di perak.
Kami juga menjual Rempah nasi arab dapur imani. Sedap, mudah dan menjimatkan.




No comments:
Post a Comment